Wednesday, February 1, 2012

attachment

Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam hidup nie kita akan alami kehilangan, kesakitan, keperitan. Tak semua yang kita rancang akan jadi kenyataan. Jadi macam mana kita nak overcome sadness and depression? Sebab apa nak cakap pasal nie? Sebab saya baru je mengalaminya dan saya banyak search pasal nie.

Firstly, dalam syahadah sendiri kita cakap La ilaha illalah. Tiada ilah melainkan Allah. Tapi kita faham tak maksud ilah? Ilah dari segi permukaan maksud dia Tuhan. Tapi maksud mendalam dia? Ilah adalah tempat kita bergantung, memohon pertolongan, mengadu, mengharap, semua kita serah pada Ilah.

Tapi bila kita ada masalah, kita pergi kat siapa dulu? Adakah kita cari Allah dulu sebelum kita cari manusia? Siapa yang terlintas kat fikiran kita dulu bila kita ada masalah? Parents, siblings, kekasih hati, friends?

Imagine hidup kita ini adalah pintu-pintu yang kita kena pilih. Dan hanya satu pintu sahaja yang menuju Allah. Bila kita sedih, kita akan ketuk pintu-pintu tu. Pintu pertama yang kita ketuk tak terbuka. Kita ketuk kuat macam mana pun. Merayu dengan air mata sekalipun dia tak terbuka. Kenapa?

Allah sedang melindungi kita. Dia tau pintu tu adalah pintu yang salah. Dia Maha Tahu yang pintu tu akan buat kita attach pada dunia. So dia kuncikan pintu tu. Tak terkuak sikit pun pintu tu. So kita pergi pada next pintu. Kita ketuk and pintu tu terbuka. Bila kita masuk terus kita jatuh. Kita rasa sakit. Kta rasa pedih. Kenapa Allah benarkan kita masuk pintu nie? Kenapa Dia tak lindung kita macam Dia lindung kita daripada masuk pintu first tadi? Sebab Allah nak kita rasa sakit tu. Allah nak kita tau yang dunia is nothing. Dunia hanya boleh buat kita sakit.

Dan setelah banyak kali kita cuba ketuk pintu yang tak terbuka or setelah banyak kali kita jatuh, barulah kita bertemu dengan pintu Allah. Oh sungguh hebat dugaan nak menuju pintu Allah. Bukan senang. Hanya orang yang sabar je yang mampu temui pintu Allah. Mungkin ada yang dah tersungkur taknak bangun-bangun bila jumpa pintu yang salah. Mungkin juga ada yang terus menerus ketuk pintu yang salah. Hidup ini sangat penuh dengan ujian. Jadi orang yang bersungguh-sungguh sahaja yang mendapat ganjaran.

“Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya.” (Al-Insyiqaq: 6)

Kita terlampau attach dengan dunia. Terlampau berharap pada manusia. Kita simpan manusia dalam hati. Sedangkan hati itu adalah tempat Allah. Bila kita letak something pada tempat yang salah, tulah punca kita sakit. Kita biar manusia yang menghuni hati kita, kita senang terluka. Kenapa? Sebab manusia tu makhluk yang tak sempurna.

Bayangkan bila kita ada masalah, kita akan cari benda yang boleh comfort kita or buat kita selamat. Usually kita akan seek dunia. Means kita akan cari manusia sebab kita rasa parents boleh tenangkan kita, kawan-kawan boleh gembirakan kita, cinta hati boleh pujuk kita dan kadang-kadang kita akan bergantung kepada diri sendiri. Inilah attachment kita pada dunia.

Attachment pada dunia senang break. Jadi apa akan jadi pada kita bila attachment tu break? Kita akan rasa sakit. Sakit yang amat sangat sebab kita letak dunia pada hati bukan dalam genggaman. Bila kita rasa sakit, secara tak sedar sebenarnya kita dah loose kan attachment pada dunia. Bukan keseluruhannya tapi sikit demi sedikit. Bila terlampau banyak hal dunia yang menyakitkan hati kita, lama-lama kita akan lepaskan dunia. Bukanlah bermakna lepaskan terus. Tapi dunia berada dalam genggaman. Bukan lagi dalam hati.

Nampak tak betapa sayangnya Allah pada kita. Dia bagi kita sakit supaya kita tak terlalu memikirkan dunia. Dia bagi kita sakit sebab kita nie terlampau lalai.

“Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami, mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan.” (Yunus: 7-8)

Attachment kita pada dunia sebenarnya merugikan kita. Sebenarnya kita tak sedar betapa indahnya hidup tanpa attach pada dunia. Saya pun masih tak tau indahnya macam mana sebab saya masih lagi attach pada dunia. Tak sembuh sepenuhnya. Semoga Allah bagi kekuatan.

Bila kita penuhkan hati kita dengan benda lain selain Allah, cukupkah ruang untuk kita mengingati Allah? Kita letak family, friends, kekasih hati, kekayaan, status dalam hati. So kita akan selalu memikirkannya. Kita akan kekurangan masa untuk ingat Allah. Sebab tu Allah tarik balik nikmat-nikmat tu untuk sediakan ruang yang lebih banyak untuk kita mengingatiNya. Subhanallah. Betapa sayangnya Allah pada kita.

Macam kisah Nabi Ibrahim yang diperintahkan menyembelih anaknya sendiri. Darah daging sendiri yang sangat disayangi. Sebab apa? Sebab Allah nak uji sama ada dunia lebih penting atau Allah. Bila Nabi Ibrahim nak sembelih Nabi Ismail, Allah menukarkannya kibas. Sekarang dunia bukan lagi ada dalam hati tapi dalam tangan.

Nabi Muhammad saw diuji dengan kematian bapanya, ibunya, datuknya, bapa saudaranya, isterinya. Sebab Allah nak Nabi Muhammad saw tak attach dengan dunia. Ujian-ujian kematian nak mengingatkan yang dunia hanya sementara jadi jangan attach dengan dunia. Supaya apa yang kita aim hanyalah Allah bukan dunia.

Jadi kita kena ingat semua kesakitan yang kita rasa sebenarnya adalah disebabkan oleh diri kita sendiri. Semuanya.

“Dan apa musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (Asy-Syura: 30)

Disebabkan kita terlalu attach dengan dunialah kita sakit. Disebabkan kita bergantung dengan makhluklah kita jadi sedih. Jadi kita kena tau matlamat sebenar kita dijadikan. Cinta manusia hanyalah salah satu cara menggapai cintaNya. Yakin dengan janji Allah.

“Wanita yang baik dijanjikan untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. Telah tercatat seungkap nama di Luh Mahfudz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau terhambat di jalan yang diredhai, insyaAllah si dia turut di jalan yang sama. Lupakan segala kegundahan. Teguhkan diri pada cinta yang hakiki. Nescaya cinta dia yang soleh turut kau miliki. Allah tak pernah memungkiri janjinya.” – iluvislam.

Tapi kita still kena jadi orang yang tak melupakan dunia semata-mata untuk akhirat.

“Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok pagi.” (H.R Ibnu Asahin)

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.” (Al-Qasas : 77)

p/s: Sorry, I cant find a suitable word for attachment in malay. And this article about “why I marry early” that I just read is killing me. Subhanallah. Rancangan Allah lebih hebat. Mesti ada sebab kannn. Maybe because I read too many books about macam mana nak didik anak cara Islam. Keinginan untuk menjadi seorang ibu melimpah ruah. Takpe. Sabar sabar. Innallaha ma'ashobirin (Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar).

Sunday, January 29, 2012

aurat

Bismillahirrahmanirrahim

Berat pulak nak cakap pasal nie. Takutt. Sebab saya pun bukanlah orang yang sempurna sangat tutup aurat. Mungkin ada jugak tabarruj tanpa disedari. Nak cakap kena hati-hati. I need to taste my own words before I feed it to others.

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Imam Hassan al-Basri.

Okay semangat sikit nak cakap. Jangan ingat saya nak tunjuk baik, nak riak, nak bajet bagus ye kawan-kawan. Tidak sama sekali. Semua nie ikhlas bermatlamatkanNya. Mencari mardhatillah. insyaAllah. Ini cuma pendapat insan yang ilmu agamanya masih sangat terlalu cetek.

Sesungguhnya saya sangatlah takut nak meluahkan pendapat nie. Jahilkan? Nak bercakap pasal aurat pun nak takut. Sepatutnya dah khatam dah pasal aurat nie. Belum lagi kena cakap pasal fiqh mar’ah berkaitan haid, bersuci, hadas lagi. Haddoiii. Mesti terabur.

Okay. Kedudukan wanita sangat dipandang tinggi dalam Islam. Sampai wujud satu surah wanita - Surah An-Nisa’. Tapi wanita adalah makhluk yang kurang berakal dan kurang pula amalnya. Kenapa? Dua saksi wanita diperlukan manakala hanya satu saksi lelaki sahaja diperlukan menunjukkan wanita ini kurang akalnya. Ketika datang haid, wanita tak boleh beribadat seperti solat, puasa, jadi kuranglah amal kita.

Hadis Rasulullah s.a.w ketika baginda dalam Israk dan Mikraj yang berbunyi "Aku menjenguk ke dalam neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj dedah aurat dan berhias-hias".

Subhanallah. Wanita nak masuk syurga senang.

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (H.R. Ahmad)

Tapi kebanyakan wanita berada di neraka. Kenapa?

"Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun." (H.R. Muslim).

Aisyah r.a mengatakan bahawa: “Merupakan sebuah kesengsaraan kami (kaum wanita) ketika Allah mendahulukan kami saat menyebut tentang syahwat.”

Pandangan mata ni sebenarnya ibarat panahan iblis. Agak susah untuk lelaki nak tahan pandangan mata dia. Jadi tugas kaum wanitalah yang kena halang panahan iblis tu.

Seperti kita tau aurat wanita adalah seluruh tubuh badan kecuali dua tapak tangan dan muka. Hmmm. Tengok diri. Sempurna tak aurat kita. Alhamdulillah bertudung, baju lengan panjang, kasut tutup. Hmm. Rasa sempurna ke? Tengok balik tudung. Kenapa tak labuhkan sampai tutup dada? Kenapa kain tudung nipis? Kenapa kain tudung jenis yang ringan. Tiup angin sikit boleh terbang. Tengok pulak baju. Lengan panjang, labuh sampai bawah punggung. Alhamdulillah. Tapi bila angkat tangan, nampak pulak tangan sikit. Tak pakai handsock. Hmmm. Nampak dah aurat.

Paling banyak orang ambil mudah adalah stocking kaki. Kannn? Ramai orang asek cakap pasal tak pakai tudung, pakai baju lengan pendek, pakai baju ketat. Tapi tak pernah sentuh pasal pemakaian stocking kaki. Perasan tak? Tak semestinya bila kita dah pakai kasut tutup tak perlu pakai stocking. Kenapa? Sebab bila kita naik tangga, terselak pulak aurat kita. Kita nie manusia yang lalai dan alpa. Kadang-kadang tak perasan pun terselak sana sini walaupun pakai seluar. Jadi kan lagi selamat kalau pakai stocking.

Pakai stocking lah yang paling berat bagi kaum wanita untuk buat. Sebab apa? Susah nak pakai slipper. Susah nak masuk toilet. Rimas nak bergerak. Ada setengah orang cakap "Saya belum bersedia. Belum sampai seru." Hehehehe. Haipp. Mana boleh macam tu. Kita nie ajal tak tau bila. Pakai stocking je pun. Bukan nak suruh ikat besi kat kaki. Takut nanti waktu akhirat kena ikat besi panas kat kaki sebab tak tutup aurat.

Hmm? Pakai tudung pun tak betul, handsocks pun tak pakai. Nak pakai stocking kaki memang taklah? Apa kata mulai dari sekarang kita pakai tudung betul-betul, berjinak-jinak pakai handsock dan stocking. Dalam hal agama kita tak boleh nak bertangguh. Takut nanti tak sempat.

Memang mula-mula akan rasa tak selesa. Kelakar pun ada. Tapi lama-lama akan jadi tabiat. Malah kalau tak pakai stocking akan rasa segan. Akan rasa tak selesa. Betullll. Cuba lah try. Untuk kebaikan jugak. Tak perlu nak tunggu bersedia baru nak pakai stocking. Pakai je dulu. Nanti terus jadi sedia. Tak susah pun. Boleh je pakai slipper dengan stocking. Saya selalu je buat. (:

Saya cakap nie untuk peringatan saya jugak. Dulu saya sangat takut waktu mula-mula nak berstocking. Nanti kalau pergi toilet basah macam mana. Lecehlah nak pergi café pun nak pakai stocking. Seluar labuh tak nampak sangat kaki so tak payahlah pakai. Macam-macam alasan. Tapi bila dah pakai baru sedar betapa bestnya pakai stocking.

Tiba-tiba rasa macam diangkat darjat beberapa tingkat. Mungkin itu perasaan je. Tapi perasaan itu sangat bahagia. Rasa macam sangat dihormati. Rasa lega. Rasa selamat. Mesti ramai orang cakap: stocking je pun. Yup stocking je dah rasa macam ni. Bayangkah kalau kita cover semua aurat kita. Tak boleh bayangkan macam mana rasanya. Mungkin rasa darjat diangkat berlipat kali ganda. Ulang suara: itu hanya perasaan. Moga Allah betul-betul naikkan darjat kita.

Perasan tak saya banyak tulis pasal stocking? Mula-mula memang nak tulis pasal stocking je. Tapi apa salahnya masukkan perihal tudung dengan baju sikit kan. Kenapa saya nak cakap pasal stocking? Sebab saya perasan orang sekeliling saya banyak lalai bab stocking. Aurat bahagian atas dah tutup sempurna tapi stocking je yang lupa. Rugilah kan. Kalau pakai stocking mesti lagi sempurna. insyaAllah sangat sempurna. Tak susah. Sarung je stocking. insyaAllah tak dapat dosa sebab aurat tak didedah. Benda mudah tapi tak nak dilaksanakan. Rugi sangat sayang. Sangat rugi. :(

Jangan terasa kalau baca entry nie tau. Takda niat nak kecilkan hati siapa-siapa. Saya dah munch every words untuk pastikan takda pihak yang terkecil hati. Anggaplah ini nasihat khas untuk semua. Saya nak jadi sahabat yang mampu mendendangkan lagu dalam hati awak dan akan menyanyikan balik bila awak lupa. Life is about making choices. So chose. Wink wink.

Katakanlah kepada wanita yang beriman, "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau anak-anak saudara laki-laki mereka, atau anak-anak saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur: 31)

Saturday, January 28, 2012

kesakitan itu ujian

Bismillahirrahmanirrahim

Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia. Hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna.

Yup. Itu adalah nasihat saya kepada hati saya yang dulunya buta.

Ramai yang tertanya-tanya macam mana nak get over a broken heart, rejection or loss. Well, as they say “ you never get over someone until you find someone better.” The fastest way to heal a broken heart is to find someone better to love more. Know sometimes heartbreak happens just to push you to God. – Yasmin Mogahed.

Bila kita terluka tu bermaksud kita sedang lepaskan diri dari attach dengan dunia. It’s a force detachment. Sebab tu sakit. Tapi kesakitan tu akan bawa kita kepada siapa? Kita akan cari siapa? Sama ada kesakitan tu akan jadi ujian atau hukuman untuk kita. Sekiranya kesakitan tu bawa kita lebih dekat dengan Allah maknanya itu adalah ujian. Kalau kesakitan itu lagi menjauhkan diri kita dengan Allah maknanya itu hukuman.

Kita selalu tak sedar yang sebenarnya kita terlalu bergantung kepada manusia. Yup. Terlalu. Kita bergantung kat manusia untuk sayang kita. Kita bergantung kat manusia untuk jaga kita, ambil berat pasal kita, selalu ada dengan kita. Semuanya kita bergantung kepada manusia. Sampai kadang-kadang kita lupa dengan Allah. Kita lebih bergantung kat manusia yang hatinya sendiri Allah yang pegang.

Sampai satu tahap di mana Allah bolak-balikkan hati orang yang jadi tempat kita bergantung. Saat itulah kita salahkan taqdir. Kita salahkan semua orang. Kita menyesal dan anggap benda ini semua tak adil. Tapi kita lupa Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita.

"Tidak ada satu musibah pun yang menimpa diri seorang muslim, sama ada berupa kesusahan dan penderitaan, kesedihan dan duka cita mahupun penyakit, bahkan sebatang duri yang menusuk anggota tubuhnya sekalipun melainkan akan dihapuskan Allah sebahagian daripada kesalahan-kesalahannya dengan yang demikian itu." (Hadis Muttafaqun Alaih).

Kebergantungan kita kepada manusia itu sendiri mungkin antara sebab kenapa Allah bolak-balikkan hati dia. Kenapa? Kita terlalu taksub, terlalu sayang walaupun si dia belum jadi hak kita. Belum halal lagi. Malah boleh sebabkan zina hati. Yang paling teruk boleh sebabkan syirik. Tak percaya?

Syirik dalam kasih sayang iaitu mengasihi manusia atau harta benda lebih daripada Allah. Macam mana syirik ini boleh jadi? Bayangkan kita tengah SMS/call buah hati kita. Tak pun tengah dating. Azan pun berkumandang. Tapi kita tak terus ambil wudhu’ nak solat. Nak pergi ke surau or masjid berdekatan apatah lagi. Kita teruskan aktiviti bercinta tu. Panggilan buah hati lebih disahut berbanding seruan azan. Nampak tak macam mana syirik dalam kasih sayang berlaku?

Syirik ketaatan pulak jadi bila kita sangat taat kepada dia lebih daripada kita taat perintah Allah. Dah jelas lagi nyata Allah berfirman:

“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (An- Nuur: 30)

Perintah yang sama juga untuk perempuan dalam ayat ke 31. Tapi kita tak mentaati perintah Allah. Bukan sahaja tak menundukkan pandangan malah keluar berdua-duaan. Memanglah tak buat apa-apa tapi kuasa hasutan syaitan ni sangat power.

Dari Jabir bin Samurah berkata Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya.” (H.R. Ahmad & Tirmidhi dengan sanad yang sahih)

Allah tak cakap jangan berzina. Tapi jangan mendekati zina.

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)

Berdua-duaan tu perbuatan yang mendekati zina lah. Haaa. Kan kita dah tak taat perintah Allah tu. Terkejut kan selama ni kita tak pernah nak fikir pun yang kasih sayang yang kita cakap kerana Allah, nak sampai syurga tu telah menyebabkan kita syirik.

Jadi kita anggaplah bila si dia tinggalkan kita tu sebenarnya sebab Allah sayang sangat dengan kita. Kasih sayang Allah itu mengatasi kemurkaanNya. Allah taknak kita hanyut. Allah taknak kita dekat dengan perkara yang boleh menyebabkan kemurkaanNya. Husnu dzon kepada Allah. Allah ada perancangan yang lebih sangat amat baik untuk kita.

Kalau kita cakap dialah satu-satunya insan yang kita rasa baik untuk bimbing agama kita. Dialah satu-satunya insan yang mampu membawa kebaikan kepada kehidupan dan urusan kita. Itu kita yang cakap. Ilmu kita sangat cetek kalau nak dibandingkan dengan ilmu Allah.

Lelaki yang baik akan menasihati wanita yang ingin mendampinginya agar takut dan malu dengan Allah dan menjauhi kemaksiatan serta menjauhi kemungkaran. Percaya apa yang tersirat dan tersurat. Yakin dengan jodoh yang telah Allah aturkan. Lelaki yang baik juga tidak akan mengambil kesempatan di atas kelemahan seorang wanita. – facebook.

Berdoa ada lelaki yang terbaik Allah datangkan untuk kita. Terbaik tu bukan bermaksud orang tu sempurna. Tapi terbaik ni maksudnya dia baik untuk kita, orang yang melengkapi kita, orang yang kita perlukan. Mungkin juga orang tu adalah orang yang kita tak suka.

Perkahwinan ni bukan mudah. Sebaiknya suami kita tu biarlah seseorang yang boleh menerima segala baik dan buruk, boleh nasihat kita tapi dia tak boleh nak menekan kita jadi macam perempuan yang dia harap. Dia tak boleh harap kita jadi sempurna sebab semua orang ada kelemahan. Sepatutnya seorang suami bersedia untuk membimbing kita dengan ikhlas bukan atas rasa terpaksa.

Mungkin juga Allah pisahkan kita dengan orang yang kita suka untuk beri ruang untuk sama-sama berubah. Ini bukan ayat nak bagi harapan. Tapi ayat assumption. Bila kedua-duanya sudah bersedia, Allah temukan balik hati. insyaAllah kalau dia betul-betul jodoh kita, satu hari nanti dia akan lamar kita. Tapi lagi sekali diingatkan jangan terlampau berharap. Allah lebih tahu siapa yang kita perlukan. Kalau betul dia, Alhamdulillah. Tapi kalau bukan dia kita kena yakin dengan ketentuan Allah. Teruskan berdoa dan bertawakkal.

“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah: 216)

Thursday, January 26, 2012

ini entry tergantung

Bismillahirrahmanirrahim

Ukhti : Saya tidak layak untuk awak.
Akhi : Kenapa?
Ukhti : Awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya…
Akhi : Saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?
Ukhti: Awak pintar, awak ada banyak peminat.
Akhi : Peminat? saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.
Ukhti : Saya juga tidak dalam ilmu agama.
Akhi : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.
Ukhti : Saya tidak cantik. Tidak seperti mereka.
Akhi : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.
Ukhti : Awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.
Akhi : Perbezaan membuat kita lengkap.
Ukhti : Awak terlalu sempurna.
Akhi : Belum. Akan sempurna jika awak ada.
Ukhti : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.
Akhi : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?
Ukhti : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta.

Dialog kat atas nie saya ambil dari satu blog. Sejujurnya mesti ramai wanita yang teringin sangat bertemu dengan lelaki ini. (Kelemahan akhi ini adalah dia meminang ukhti ini secara terus tanpa orang tengah).

Jujur saya juga tertarik kepada lelaki seperti ini. Ini naluri kewanitaan. Tak boleh nak halang. Seorang lelaki yang berniat menjadikan wanita ini sebagai zaujah tanpa melihat kelemahan-kelemahan wanita ini.

Namun ikhwah sekarang hanya memandang akhawat yang sempurna. Bukan semua tapi sebahagian. Mereka mahu mendapat pendamping yang sempurna tanpa apa-apa usaha. Apa maksud saya dengan usaha? Usaha merubah seorang akhawat selepas perkahwinan.

Mungkin terdapat juga wanita yang baru menjinak-jinakkan diri dengan Islam. Baru mula menyesuaikan diri menjadi seorang akhawat. Masih bertatih. Tak mampu lagi berjalan tegak. Inikan pula berlari. Sedih pula memikirkan situasi ini. Seorang lelaki yang meninggalkan seorang wanita hanya kerana wanita itu tidak cukup sempurna agamanya. Walaupun wanita itu masih lagi dalam proses tarbiyah. Subhanallah.

Memang benar “Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara – kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana nasab keturunannya dan kerana agamanya; kahwinilah wanita yang baik pegangan agamanya, kamu akan mendapat ketenangan.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Namun, tidak layakkah seorang wanita yang baru hendak berjinak-jinak dengan Islam mengimpikan seorang lelaki yang beriman yang mampu membimbingnya. Bayangkan seorang wanita yang sangat berharap pada lelaki yang telah berjanji mengahwininya. Namun akibat tidak sabar dengan proses hijrah wanita itu yang sangat lambat, lelaki itu mengambil keputusan untuk meninggalkannya dan mencari wanita yang lebih solehah.

Siapalah kita untuk menilai tahap keimanan seseorang. Siapalah kita untuk menetapkan yang si fulan tidak layak dengan si fulan. Apakah dengan pengucapan yang mengecewakan dirasakan yang seseorang itu akan tidak akan terluka? Dan apakah dengan satu baris ayat dapat menghilangkan segala duka?

Banyak sebenarnya yang saya nak tulis. Tapi kekecewaan tak dapat nak dibendung. Mungin lain kali saya sambung lagi. Mungkin.

Wednesday, January 18, 2012

kembali kepada fitrah

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah Allah beri saya peluang bangun pagi ini untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat yang Dia kurniakan. Subhanallah.

Semoga hari ini lebih diberkati daripada hari semalam. Semoga tidak ada dosa yang berat yang dilakukan sepanjang hari ini dan hari-hari yang mendatang. Kalau boleh semoga tidak ada dosa langsung yang dilakukan. Tapi itu mustahil. Kita manusia biasa. Kita bukan maksum.

“Semua anak Adam itu bersalah dan yang paling baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat (daripada kesalahannya).” (H.R Tirmidhi dan Ibn Majah)

Setiap hari yang berlalu mesti ada je dosa yang kita buat. Tapi membuat dosa itu pilihan kita. Sama ada kita memilih untuk berseronok di dunia atau menahan nafsu dan membatalkan niat nak berseronok. Petua nak hilangkan nafsu sentiasa nak berseronok di dunia? Sebelum buat apa-apa ingat Allah, ingat hari akhirat.

“Satu hari yang padanya tiada jual beli dan tiada persahabatan dan juga syafaat (pengantaraan). Dan orang-orang yang tidak percaya, merekalah orang-orang yang zalim” (Al-Baqarah: 254)

Ya. Di akhirat nanti kita dah tak peduli siapa kawan kita. Siapa yang dulu rapat, selalu tolong kita, selalu ajak kita berseronok takkan ada dengan kita. Kenapa? Sebab masing-masing sibuk dengan diri sendiri. Masing-masing baru nak menyesal dengan apa dosa yang pernah dia lakukan. Waktu itulah semua manusia nak salah menyalahi antara satu sama lain. Si fulan cakap kita yang selalu ajak dia buat maksiat. Kita pulak cakap dia yang rela malah dia sebenarnya yang nak sangat buat maksiat. Betapa teruknya hari akhirat. Masing-masing nak menyelamatkan diri sendiri. Sebab itulah kita kena mementingkan maslahat akhirat daripada maslahat dunia. (Fiqh Awlawiyyat)

“Sekiranya kamu bersahabat dengan orang soleh sebenarnya akan menguntungkan dirimu. Ini kerana dia akan sentiasa menjagamu, baik ketika kamu sedang berada dekat dengannya, mahupun ketika kamu sedang jauh darinya.” – kata-kata yang saya ambil dari buku Jauhilah Para Musuhmu karya Dr. `Aidh Abdullah Al-Qarni. MasyaAllah. Betapa ramai sebenarnya antara sahabat kita yang mampu menjadi musuh kita tanpa kita sedari. Malah, mungkin kita juga mampu menjadi musuh mereka. Subhanallah.

Istighfar sekejap. Mungkin ramai sahabat-sahabat saya yang rosak sebab saya. Mungkin sepanjang persahabatan betapa banyak pengaruh buruk yang dah saya serapkan dalam diri mereka. Mungkin juga sepanjang persahabatan saya tak pernah menunjukkan akhlak muslimah yang sebenar. Subhanallah. Ampuni dosa hambaMu yang lemah ini ya Allah.

Teringin benar saya nak menjadi sahabat yang menjadi sumber inspirasi insan yang lain untuk mendekatkan diri dengan Allah. Ingin menjadi qudwah hasanah (contoh yang baik). Tapi sangat jauh lagi cita-cita saya tu. Sangat jauh. Kefahaman saya tentang Islam masih cetek. Tapi saya yakin dengan kata-kata:

“Siapa yang dikehendaki Allah mendapatkan kebaikan, Allah akan memberikannya kefahaman dalam agama.” (H.R Bukhari dan Muslim)

Semoga Allah memberikan saya kefahaman dalam agama, agar saya dapat berdakwah. Bi'ithnillah.

Sejak saya ambil keputusan untuk berhijrah hanya kerana Allah dan bukan sebab duniawi, Alhamdulillah Allah buka pintu-pintu kebaikan untuk saya. Saya berkenalan dengan akhawat yang sentiasa membimbing saya. Berusrah dengan akhawat yang bijak dalam agama. Mempunyai naqibah yang penyayang. Mempunyai sahabat yang sentiasa menyokong. Subhanallah. Betapa bertuahnya saya.

"Sesungguhnya orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta orang-orang yang berbuat baik." (Al-Ankabut: 69)

Macam-macam cara Allah nak tunjukkan pada kita betapa Maha Penyayang nya Dia. Dia tak biar kita lalai. Bila kita decide untuk berhijrah ke arah yang lebih baik, Allah bukakan jalan. Fitrah manusia itu hanya pada Islam. Sama ada kita berusaha mencarinya atau tidak. Semua itu pilihan kita.

“Dan jiwa serta penyempurnaannya (penciptaannya) maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorkannya.” (As-Syams: 7-10)

Saturday, December 24, 2011

Tawakal. (:

Bismillahirrahmanirrahim.

Bila duduk-duduk tadi teringat satu lagu. Raihan- Sifat 20. Lagu waktu zaman kanak-kanak nie. Saya download, dengar then selami maksud sifat 20 Allah. Subhanallah. Menitis air mata. Betapa jahil saya tentang sifat Allah.

Allah bersifat iradah dan muridan. Penentu dan menentukan. Segala yang ditentukanNya untuk kita adalah yang terbaik untuk kita. Selama ini kita selalu rasa yang apa yang kita pilih merupakan pilihan yang terbaik untuk diri kita sendiri. Tapi kita lupa, Allah Maha Pengasih. Kasih sayangNya melebihi kemurkaanNya. Kalau saya tak dapat apa yang saya hajati mesti ada sebabnya. Husnul dzon pada Allah.

‎"Jika Allah memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaanmu kepadaNya, jika Allah menangguhkan doamu, maka Allah menguji kesabaranmu, jika Allah tidak memakbulkan doamu, maka Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu".

Disebabkan kecintaan pada dunia, kita selalu lupa untuk bertawakal kepada Allah. Berusaha sehingga melampaui batas. Kadang-kadang berusaha sampai melanggar hukum syara’. Lupa dengan syariat islamiyah. Subhanallah.

“Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya” (At-Thalaaq: 3)

Sebagai manusia biasa memang susah untuk bertawakal. Kurangnya keyakinan kita padaNya yang menyebabkan kita selalu rasa tak tenang. Takut. Tapi kita lupa yang tawakal akan membangkitkan kekuatan dalam diri dan kesedaran roh sehingga kita akan rasa perkara-perkara yang berat tu menjadi ringan.

Tapi tak boleh jugak kalau kita bertawakal tapi tak berusaha. Tawakal mesti disertakan dengan usaha. Tapi kita selalu lupa. Selalu kita berusaha dulu, akhir sekali baru kita doa. Hmm. Saya pun macam tu. Tapi sepatutnya kita letakkan Allah pada tempat no 1. Apa-apa yang kita buat, baik atau buruk kita ingat Allah dulu. Doa tu penting. Doalah apa yang bakal kita usahakan tu adalah yang terbaik untuk diri, agama, akhirat dan kehidupan kita.

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186)

Saya sedang belajar untuk bertawakal. Bukan senang. Kadang-kadang keyakinan saya rapuh. Bukan saya tak meyakini kekuasaan Allah. Tapi saya tak meyakini diri sendiri. Saya terlampau takut, terlampau bergantung dengan dunia dan isinya, terlampau mengejar sangat sesuatu yang belum tentu milik saya, sesuatu yang belum tentu membawa kebaikan pada diri, agama, kehidupan dan urusan saya.

Ya Allah, jangan Kau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sesaat. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdirMu.

Saya masih lagi bermujahadah. Berusaha membaiki diri. Sekarang kalau saya takut, terlampau bergantung dengan manusia, selalu rasa tak diperlukan dan ditinggalkan, saya akan ingat kisah Siti Hajar dan Nabi Ismail yang ditinggalkan Nabi Ibrahim di padang pasir yang kering kontang. Betapa bertawakalnya Siti Hajar yang ditinggalkan sebab dia yakin Allah tidak akan mensia-siakannya. Betapa tabahnya dia bila Nabi Ibrahim ingin menyembelih puteranya, Nabi Ismail. Subhanallah. Ingin sangat mempunyai kekuatan dan ketabahan macam Siti Hajar.

Tawakal saya hanya pada Allah. Doa saya hanya padaNya. Semuanya dah tertulis di Luh Mahfudz. Sekarang adalah masa rapatkan diri dengan Allah. Apa yang ditakdirkan untuk kita adalah cermin kepada sifat dan akhlak kita.

“Peliharalah Allah, pasti Allah memeliharamu. Peliharalah Allah, pasti kamu mendapatiNya bersamamu. Bila kamu meminta sesuatu, maka mintalah kepada Allah dan bila kamu meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan Allah. Ketahuilah, sekiranya seluruh umat berkumpul untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, maka mereka tidak akan dapat memberikannya kecuali sesuatu yang telah ditakdirkan Allah atasmu, dan sekiranya seluruh umat berkumpul untuk melakukan bencana ke atasmu, maka mereka tidak akan dapat melakukannya kecuali sesuatu yang telah ditakdirkan Allah atasmu. Pena-pena telah diangkat dan kertas pun telah kering.” (H.R Tirmidhi daripada Ibnu Abbas)

Ingin tenang dan tak kecewa? Jangan mengharap apapun dari manusia. Cukuplah dari Allah. Kita sering berharap kepada makhluk yangg tak ada apa-apa dan yang tak berdaya tanpa izin Allah. Maka hati akan resah dan banyak kecewa. Ya sahabat. Saya ingat pesan awak. Hasbunallahu wani’mal wakil – cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan Dia adalah sebaik-baik pelindung.

Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala dinik

Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas agamaMu

Ya muqallib al-qulub, thabbit ‘ala’l-haqq

Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas kebenaranMu

Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala ta’atik

Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini dgn taat padaMu

Sunday, November 13, 2011